Perniagaan internet adalah sama juga seperti perniagaan yang lain,
yang melibatkan urusan jual beli produk dan perkhidmatan antara pembeli
dan penjual. Perbezaannya ialah teknik dan alat yang digunakan oleh
perniagaan internet adalah melalui internet. Internet digunakan sebagai
tempat menjalankan segala urusan jual beli produk serta sebagai medium
untuk mempamerkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, menerima
tempahan, urusan pembayaran, penghantaran produk dan sebagainya.
Banyak perniagaan pada masa kini menggunakan internet kerana lebih menjimatkan kos serta dapat dipantau
dari masa ke semasa.Sistem perniagaan internet boleh beroperasi selam 24 jam dan anda boleh jalankan
perniagaan anda dimana jua dan pada bila-bila masa....
Pasaran melalui internet lebih luas hingga ke peringkat global dan tiada had sempadan.
Anda
boleh menjual
pelbagai produk sama ada berbentuk fizikal atau elektronik....
Anda boleh jalankan perniagaan online anda ke mana saja seluruh dunia,
maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Cuba
anda bayangkan berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika
dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda.
Perkara
ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline/bisnes diluar anda.
Perniagaan secara offline mungkin perlu mengikut pasaran & keadaan
semasa serta keadaan sekeliling anda.Ia mungkin menyukarkan anda
mendapatkan lebih ramai
pelanggan kerana pengaruh keadaan pasaran persekitaran.
Perniagaan internet juga tidak memerlukan anda menyewa/membeli pejabat
atau kedai sebagai pusat
jualan.
Melalui perniagaan online anda sebenarnya telah mempunyai pejabat atau kedai di alam maya.
Tugas anda hanya mempromosikan dan memberitahu pada pengguna-pengguna internet tentang
perniagaan anda.
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dalam perniagaaan internet ini.Bergantung pada diri anda sendiri
untuk menentukannya seterusnya bertindak dengan bijak dan ikut aturan.
Mudah Niaga Online
Rabu, 1 Ogos 2012
PANDUAN & NASIHAT PERNIAGAAN ONLINE
Kepada anda yang
ingin mula terlibat dengan aktiviti perniagaan online…. Boleh dapatkan panduan
& teknik yang berkesan dengan melanggan e-book ini…..
Harga yang ditawarkan
adalah berpatutan dan mampu dimiliki anda…hanya RM20 sahaja….
Dengan setiap
pembelian anda akan dapat bonus 20 BUAH report/e-book percuma…..
Berminat?? Anda boleh
berkunjung ke laman blog http://panduan-perniagaan-online.blogspot.com
Untuk keterangan
lanjut…..ataupun boleh emailkan ke alamat niagaonline91@yahoo.com
atau boleh hantarkan maklumat anda di halaman Hubungi Saya...
Cepat!! Cepat!! Sebelum harga dinaikkan……….
TEKNIK MENGARANG & MENJUAL E-BOOK
Kepada anda yang
ingin mula terlibat dengan aktiviti penulisan/karangan E-BOOK…. Boleh dapatkan
teknik2 mengarang & menjual E-book yang berkesan dengan melanggan e-book
ini…..
Harga yang ditawarkan
adalah berpatutan dan mampu dimiliki anda…hanya RM20 sahaja….
Dengan setiap
pembelian anda akan dapat bonus lebih 20 buah report/e-book percuma…..
Berminat?? Anda boleh
berkunjung ke laman blog http://panduan-perniagaan-online.blogspot.com
Untuk keterangan lanjut…..ataupun
boleh emailkan ke alamat niagaonline91@yahoo.com
ataupun hantar maklumat anda pada laman Hubungi Saya serta isi segala maklumat yang diperlukan.
Cepat!! Cepat!! Sebelum harga dinaikkan……….
Selasa, 31 Julai 2012
Formula mencapai matlamat anda
Formula mencapai matlamat 2011 anda
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk
mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai
keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan
anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini
“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan
ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN,
entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada
golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang
lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada,
tidak menulisnya.Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!
4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan
segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah
kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat
anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.
5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada
ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada
kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang
ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline
yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat
rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar
rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut
dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk
mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang
merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di
fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1
tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan
datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN-
JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat
karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis
untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya
sahabat karib.Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu.
Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi
formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya
mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk
memastikan matlamat saya tercapai.Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!
Ahad, 29 Julai 2012
Survival Usahawan: Bila Facebook Sudah Tiada?
by PemasaranFB.com on Tuesday, May 22, 2012 at 3:33pm (Facebook)
Namun kita telusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti MySpace, Friendster dan lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penggunanya. Begitu juga dengan Facebook, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada satu hari nanti.
Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan perniagaan kita walaupun Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan ramai.
Salah satu strategi itu adalah "email marketing".
Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang canggih, sebaliknya kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel pelanggan yang dipanggil sebagai "autoresponder".
Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama dan emel prospek (bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh autoresponder yang banyak digunakan oleh usahawan online adalah seperti Aweber.com dan Getresponse.com.
Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan dan prospek pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik sahaja. Buka (login) sistem autoresponder, tulis emel dan klik "send". Begitu mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu kepada setiap pelanggan.
Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu usahakan sesuatu seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
Walaupun dikatakan pengguna Internet pada masa ini lebih kerap melayari Facebook, namun mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran Facebook, urusan kerja dan juga urusan peribadi. Emel adalah satu-satunya teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Jadi menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu pilihan yang tepat.
Sebagai usahawan, aset bisnes adalah sangat penting. Aset adalah satu pelaburan yang dijamin keuntungannya dalam bisnes. Untuk belajar dan fahami tentang pembinaan aset iaitu strategi pemasaran email ini, antara panduan yang berada di pasaran pada hari ini seperti yang dipaparkan di laman web berikut: www.usahawaninternet.my/inboxcash
Facebook Page dan Autoresponder
Apabila kita menggabungkan dua ‘teknologi’ ini bersama-sama, bisnes yang kita lakukan akan menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini kerana, kita simpan maklumat pengguna dan prospek dengan baik dan mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.
Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame. Anda boleh menggunakan fungsi Search di Facebook dan taip "iFrame". Ia akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi iFrame yang boleh dimasukkan ke Facebook Page.
Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang 'simple' di mana para ‘fans’ boleh memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang sediakan di situ. Laman web simple itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.
Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman squeeze page jika anda tiada kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga dapatkan mana-mana panduan yang ada di Internet untuk memasukkan laman web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi. Gunakan google.com untuk mencari panduan berkaitan, ataupun boleh bertanya mana-mana rakan-rakan usahawan online yang dikenali, termasuk bertanya di group-group perniagaan yang anda sertai.
Penulis: Razif Yusof
Razif Yusof adalah usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2008, dengan memfokus kepada bidang pemasaran affiliate dan pemasaran facebook. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman di komuniti Facebook. Laman web beliau di BisnesAffiliate.com dan PemasaranFB.com
Peluang Untuk Anda!!!! bertindak dengan segera....
Salam Sejahtera, Anda ingin Menjana
Pendapatan berterusan di Internet?
Biz baru yg Gempar!
=>Satu Pendaftaran Aktif RM20 Masuk Ke Kocek Anda
=>Tanpa Orang Tengah. 100% Selamat.
=>Produk Pakej Ebook Perniagaan Internet Lengkap Dan Mantap
=>Terima Sms setiap kali duit masuk Akaun Bank
=>Anda jual anda kaut 100% semua hasilnya!!
=>Perlaburan Serendah RM20 Sahaja Seumur Hidup
=>Mampu Menjana Pendapatan RM100 KE RM1000 Sehari!
=>Web Promosi Percuma
=>100% Komisyen dibayar terus ke Akaun Bank anda
=>Semuanya milik anda seorang!!

MENARIK !!!Tengok Segera Disini http://rm20.biz-2u.com/?id=niagaonline
Jangan risau!! tiada unsur2 penipuan dan dijamin berpuas hati.
Dengan RM20 anda akan dapat lebih 50 buah e-books, senarai email &
software yang dapat membantu anda dalam dunia perniagaan
offline & online......
Langgan:
Catatan (Atom)