Rabu, 1 Ogos 2012

PERNIAGAAN ONLINE

Perniagaan internet adalah sama juga seperti perniagaan yang lain, yang melibatkan urusan jual beli produk dan perkhidmatan antara pembeli dan penjual. Perbezaannya ialah teknik dan alat yang digunakan oleh perniagaan internet adalah melalui internet. Internet digunakan sebagai tempat menjalankan segala urusan jual beli produk serta sebagai medium untuk mempamerkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, menerima tempahan, urusan pembayaran, penghantaran produk dan sebagainya.

Banyak perniagaan pada masa kini menggunakan internet kerana lebih menjimatkan kos serta dapat dipantau dari masa ke semasa.Sistem perniagaan internet boleh beroperasi selam 24 jam dan anda boleh jalankan perniagaan anda dimana jua dan pada bila-bila masa.... Pasaran melalui internet lebih luas hingga ke peringkat global dan tiada had sempadan.

Anda boleh menjual pelbagai produk sama ada berbentuk fizikal atau elektronik.... Anda boleh jalankan perniagaan online anda ke mana saja seluruh dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Cuba anda bayangkan berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda.

Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline/bisnes diluar anda. Perniagaan secara offline mungkin perlu mengikut pasaran & keadaan semasa serta keadaan sekeliling anda.Ia mungkin menyukarkan anda mendapatkan lebih ramai pelanggan kerana pengaruh keadaan pasaran persekitaran. Perniagaan internet juga tidak memerlukan anda menyewa/membeli pejabat atau kedai sebagai pusat jualan.

Melalui perniagaan online anda sebenarnya telah mempunyai pejabat atau kedai di alam maya. Tugas anda hanya mempromosikan dan memberitahu pada pengguna-pengguna internet tentang perniagaan anda. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dalam perniagaaan internet ini.Bergantung pada diri anda sendiri untuk menentukannya seterusnya bertindak dengan bijak dan ikut aturan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan