Selasa, 31 Julai 2012

Hubungi Saya

Formula mencapai matlamat anda

Formula mencapai matlamat 2011 anda
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb



 

1:  Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


 

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


 
3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!



 
4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.



 
5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.



 
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.



 
7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.




 

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.



 
9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.



 
10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!



 
11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!



Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!

Ahad, 29 Julai 2012

Survival Usahawan: Bila Facebook Sudah Tiada?

by PemasaranFB.com on Tuesday, May 22, 2012 at 3:33pm (Facebook)

 
Tidak dinafikan, Facebook semakin mendapat tempat di hati kebanyakan orang, terutama rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sebuah laman web dan semasa artikel ini ditulis, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna Facebook paling terbanyak.



Namun kita telusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti MySpace, Friendster dan lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penggunanya. Begitu juga dengan Facebook, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada satu hari nanti.

Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan perniagaan kita walaupun Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan ramai.

Salah satu strategi itu adalah "email marketing".



Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang canggih, sebaliknya kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel pelanggan yang dipanggil sebagai "autoresponder".

Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama dan emel prospek (bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh autoresponder yang banyak digunakan oleh usahawan online adalah seperti Aweber.com dan Getresponse.com.

Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan dan prospek pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik sahaja. Buka (login) sistem autoresponder, tulis emel dan klik "send". Begitu mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu kepada setiap pelanggan.



Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu usahakan sesuatu seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

Walaupun dikatakan pengguna Internet pada masa ini lebih kerap melayari Facebook, namun mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran Facebook, urusan kerja dan juga urusan peribadi. Emel adalah satu-satunya teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Jadi menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu pilihan yang tepat.

Sebagai usahawan, aset bisnes adalah sangat penting. Aset adalah satu pelaburan yang dijamin keuntungannya dalam bisnes. Untuk belajar dan fahami tentang pembinaan aset iaitu strategi pemasaran email ini, antara panduan yang berada di pasaran pada hari ini seperti yang dipaparkan di laman web berikut: www.usahawaninternet.my/inboxcash


Facebook Page dan Autoresponder

Apabila kita menggabungkan dua ‘teknologi’ ini bersama-sama, bisnes yang kita lakukan akan menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini kerana, kita simpan maklumat pengguna dan prospek dengan baik dan mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.



Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame. Anda boleh menggunakan fungsi Search di Facebook dan taip "iFrame". Ia akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi iFrame yang boleh dimasukkan ke Facebook Page.

Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang 'simple' di mana para ‘fans’ boleh memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang sediakan di situ. Laman web simple itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.

Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman squeeze page jika anda tiada kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga dapatkan mana-mana panduan yang ada di Internet untuk memasukkan laman web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi. Gunakan google.com untuk mencari panduan berkaitan, ataupun boleh bertanya mana-mana rakan-rakan usahawan online yang dikenali, termasuk bertanya di group-group perniagaan yang anda sertai.


Penulis: Razif Yusof

Razif Yusof adalah usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2008, dengan memfokus kepada bidang pemasaran affiliate dan pemasaran facebook. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman di komuniti Facebook. Laman web beliau di BisnesAffiliate.com dan PemasaranFB.com

Peluang Untuk Anda!!!! bertindak dengan segera....


Salam Sejahtera, Anda ingin Menjana Pendapatan berterusan di Internet?

Biz baru yg Gempar!

=>Satu Pendaftaran Aktif RM20 Masuk Ke Kocek Anda
=>Tanpa Orang Tengah. 100% Selamat.
=>Produk Pakej Ebook Perniagaan Internet Lengkap Dan Mantap
=>Terima Sms setiap kali duit masuk Akaun Bank
=>Anda jual anda kaut 100% semua hasilnya!!
=>Perlaburan Serendah RM20 Sahaja Seumur Hidup
=>Mampu Menjana Pendapatan RM100 KE RM1000 Sehari!
=>Web Promosi Percuma
=>100% Komisyen dibayar terus ke Akaun Bank anda
=>Semuanya milik anda seorang!!
MENARIK !!!Tengok Segera Disini http://rm20.biz-2u.com/?id=niagaonline

Jangan risau!! tiada unsur2 penipuan dan dijamin berpuas hati.
Dengan RM20 anda akan dapat lebih 50 buah e-books, senarai email & 
software yang dapat membantu anda dalam dunia perniagaan 
offline & online......

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

prelaunchx merupakan trading company yg sedang dalam pelancarannya pada ogos ini sedang giat mempromosikan laman web ini yang berpartnerkan FOREX FIRM X.dimana semua ahli yang terawal diminta untuk mempromosikan laman web company kepada umum.

anda akan diberikan web affiliate untuk promosi.ahli2 yg terawal akan mendapat banyak maanfaat dan kelebihan.